Awin telah memuatkan senarai harga loose atau bahan-bahan mentah untuk membuat aksesori berasaskan mutiara atau kristal di dalam website ini bertajuk “Loose” atau klik http://awin-ebiz.com/loose-bahan-mentah
Di harap dengan terpaparnya senarai harga barang-barang loose atau bahan mentah membuat aksesori seperti kristal swarovski austria, mutiara swarovski, mutiara sabah, mutiara china, gemstone, cangkuk-cangkuk gelang, separator / divider/spacer, tangsi, getah, dawai suasa, bola suasa, peralatan seperti pemotong, playar/pliers dan pelbagai aksesori yang diperlukan untuk membuat aksesori.
Awin juga ada menjual carta warna kristal swarovski, gam yang bermutu tinggi menampal batu keronsang /batu cincin/ permata, pengukur cincin yang digunakan juga untuk membuat cincin yang menggunakan dawai 14k atau dawai suasa.
Batu tampal / hotplix dari kristal swarovski untuk ditampal dibaju atau tudung juga ada dijual mengikut permintaan customer.
Bak kata org, apa saja material /bahan-bahan yang diperlukan ada dijual disini. Sekiranya terdapat barang-barang yang anda perlukan tetapi tiada dipaparkan sila hubungi saya untuk bertanya kerana sesetengah barang tiada gambar yang dimuatkan.
Semoga perjalanan perniagaan anda akan lebih lancar dan semoga kita akan dapat bekerjasama dalam memajukan perniagaan masing-masing. Sekian, Selamat Membeli…
12 Responses
elondelone
07|Nov|2008 1sy nk tanya kalau awin ada jual loceng,cangkuk s dan juga bunga tepi 14k gold tu
naza
11|Dec|2008 2assalamualaikum, saya berminat nak tengok barang2 mentah yang awin display kt web ni, tp prblmnya x dapat buka coz kene block(kt opis). boleh x tolong e-mail kan gmbr brg2 n hrga skali sbb sy mmg mnt nk buat part time ambik tempahan.(leh gak tmbh pndptan time2 gawat ni…). rasa macam senang je boleh order terus dari u sbb maklum la…sy ni bekerja, masa utk g cari bhn2 tu terhad. harap mendapat respon dari u. k…saya tunggu n ucapankan ribuan terima kasih.
Farah
18|Jan|2009 3Assalamualaikum, saya berminat nak membeli barang secara borong.Boleh tak email kan saya list harga mutiara dan kristal loose.Dan mutiara tu dari mana?Sabah ke?
najihah
30|Mar|2009 4salam awin,
jihah teringin nak buat untuk koleksi sendiri, sebab rasanya jihah ni tak la sekreatif awin untuk menjual…
tapi, memang teringin sangat nak belajar, n nak buat untuk koleksi peribadi sahaja….
apa cadangan awin… jihah perlu terus beli bahan mentahnya ker…. atau kena belajar teknik asas….
komen sikit…
norhalamiah (as)
06|May|2009 5a’kum kak awin kalo saya nak beli buku kristal sahaja boleh ke?
izah
17|May|2009 6Salam Awin,
Nak tanya kristal cina yang ada kat web tu memang tak banyak warna ke? kalau ada banyak warna lagi bagus gak nak tengok.harga dia pun murah ckit.ok ke buat gelang dengan kristal cina ni.
zai
05|Jun|2009 7salam kak awin…saya minat sgt dgn sumer design kak awin nie…cntik2 belaka..
teringin nk wat bisnes nie cm kak awin tpi skill lgsng xder…nk tanya, agk2 cos untuk permulaan nie berapa..
kristal kak awin jual jenis AB n non AB kn…yg biasa murah kat pasaran tue non AB or bukan…
lagi satu pearl yg kak awin jual tue gred apa ek..apa yg saya tau pearl yg ok gred A..
erm kalo nk dpatkn buku shaja boleh x..untuk permulaan nie
ain
14|Jun|2009 8salam awin, sy saya masih kurang jelas dengan kualiti dan juga jenis2 mutiara swavroski, mutiara cina dan segala bahan mentah yang digunakan. boleh e-mailkan kepada saya maklumat2 tu. sy pun baru nak mula cuba buat aksesori2 ni, tapi kurang pasti dengan pemilihan bahan mentahnya. awin ada pakej untuk permulaan orang yang baru nak blajar kan, pakej tu, sian dengan bahan mentah, skali dengan bahan2 yang nak buat aksesori macm plyar sume 2 ke? terima kasih.
az
16|Sep|2009 9salam kak, ada jual kristal tampal tudng batu swarovski tak?.. please kak.. saya nak sgt cari batu tu.
Kalau ada akak bagitahu harganya ye.
farhin
28|Sep|2009 10donat china - kristal china, rm0.60 per pcs?
sy tak jumpe mn satu donat china - kristal china yang berharga rm0.60.
harap awin boleh bantu
shuhada
09|Feb|2010 11salam…..bole emailkan saya senarai harga batu tampal jenis kristal…kerjasama anda amat saya hargai
shuhada
09|Feb|2010 12salam….
bole emailkan saya senarai harga batu tampal kristal
Leave a reply
Search
Calendar
Visitors Counter
YM Status :mazuin.ghani
Shout box
Artikel Terkini...
Blogroll
Laman
Arkib
Meta
Designed by Web Hosting Geeks | Available free at Top WP Themes