Order

Nama : Noor Mazuin bt Abd Ghani
Status : Berkahwin
Bil. Anak : 2 orang puteri
Pekerjaan : Suri rumah & membuat aksesori mutiara & kristal sambilan
Hobi : Mengubah bunga, Melukis dan Mengikat kristal
No. telefon : o13-7721107
Sila gunakan contact form di bawah atau email saya di awin.ghani@gmail.com untuk bertanya tentang kemusykilan anda. Saya pasti akan menjawap pertanyaan anda secepat yang mungkin. Terima kasih.
Adakah anda berminat untuk membeli? Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda. Sekiranya anda berminat, apa yang perlu anda lakukan ialah:-
Langkah 1: Tempahan
Anda perlulah membuat tempahan dengan memberikan KODnya kepada saya berserta dengan gambaran ringkas aksesori tersebut (cthnya warna batu, gelang suasa ke, mutiara ke) untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Contoh kodnya C1, SP1,DP1 dan lain-lain. Untuk Gelang, anda perlulah memberikan ukuran pergelangan tangan anda. Mudah saja, anda ukurlah gelang tangan yang anda pakai dengan pembaris samaada dalam inci atau dalam centimeter.
Langkah 2: Deposit RM 20 untuk tempahan barang yang berharga lebih RM40
Setelah tempahan dikenal pasti, anda perlu memberikan deposit untuk barang yang berharga RM 40 keatas. Sebabnya, perniagaan internet ini banyak risikonya. Saya perlu lebih hati-hati. Ini kerana banyak berlaku, kebanyakan barang yang ditempah dan telah disiapkan tidak dibayar oleh penempah barang. Jadi, masukkan deposit terlebih dahulu supaya saya boleh membuat tempahan anda. Setelah membayar deposit sila email /sms no. rujukan transaksinya untuk semakan. No. Akaun saya ialah :-
Nama : Noor Mazuin bte Abd Ghani
Maybank : 151098386465
CIMB :
Bank Rakyat :
Langkah 3:Berikan masa 1 minggu atau 2 minggu (untuk saya membuat tempahan anda)
Tidak semua dalam gambar ada dalam simpanan ia perlulah dibeli dari pembekal dalam bentuk barangan mentah dan dibuat atau diikat. Saya akan cuba siapkan barang anda secepat yang mungkin.
Langkah 4 : Membuat bayaran penuh
Saya akan menghubungi anda setelah barang anda telah disiapkan. Oleh itu anda perlulah membuat pembayaran penuh iaitu baki harga item yang telah ditempah setelah ditolak depositnya. Setelah pembayaran penuh dibuat sila email /sms saya mengenai transaksi bayaran tersebut untuk semakan.
Langkah 5: Penghantaran (pos laju/pos berdaftar)
Apabila anda telah membuat bayaran penuh, saya akan menghantar tempahan anda melalui pejabat pos. Untuk pengetahuan anda semua harga barang yang dipaparkan adalah termasuk kos penghantaran. Untuk barang yang berharga RM 50 ke atas akan dihantar menggunakan pos laju, pos hari ini ..esok anda akan menerimanya. Manakala barang yang berharga RM 50 ke bawah akan dihantar menggunakan pos berdaftar ini akan mengambil masa 2-3 hari….
Langkah 6- Penerimaan barang
Sila maklumkan kepada saya sekiranya anda tidak atau pun sudah menerima barang tempahan anda. Sekiranya anda masih belum menerimanya saya akan membuat semakan di pejabat pos dan maklumkan statusnya kepada anda.
Langkah 7- Sekiranya anda berpuas hati….
Apa lagi… promosi lah kepada kawan-kawan anda. Jangan serik…luangkan masa melayari website saya..insyaallah pasti ada barangan yang terbaru….. Kalau ada barang yang ingin diubah suai boleh juga dihantarkan kepada saya tetapi kos penghantaran adalah ditanggung sendiri dan saya akan mengenakan kos ubah suai dan kos penghantaran sahaja…dan akhir sekali terima kasih atas pembelian anda.













