
Alhamdulillah, sempat juga awin siapkan Tutorial yang kedua iaitu Tutorial 2- Gelang Bunga Sejoli. Gelang Bunga Sejoli ini pernah awin masukkan dalam website awin sebelum ini. Jadi kepada sesiapa yang ingin belajar membuat sendiri gelang kristal Berbunga ini, jangan lengahkan lagi untuk membeli Tutorial 2- Gelang Bunga Sejoli Ini.
InsyaAllah, dengan adanya e-tutorial ini anda tidak lagi perlu pergi ke kelas. Berpandukan tutorial ini awin jamin anda pasti boleh membuat sendiri gelang tersebut. Mari kita perhatikan, gelang bunga sejoli ini secara dekat:-



Gelang Anyaman Bunga yang menarik ini, tentulah menarik ramai pelanggan anda untuk membeli hasil rekaan baru hasil dari tangan anda sendiri. Selain dari menambah lagi rekaan gelang koleksi anda, kos modal anda dapat dikurangkan. Jadi anda tidak perlu membeli siap gelang-gelang tersebut dengan harga yang tinggi kerana anda boleh membuatnya sendiri.
Harga yang amat berpatutan. Harga tutorial ini hanya bernilai RM11 sahaja.
Peringatan, tutorial ini adalah dalam bentuk PDF file. Jadi anda perlu ada program Adobe Acrobat Reader untuk membukanya. Kepada sesiapa yang tiada program tersebut, boleh download secara percuma dengan mencari di Carian Google.
Berikut awin tunjukkan screen shot pdf file yang tutorial gelang tersebut:-

Dalam tutorial terdapat gambar serta penerangan yang jelas pada tiap-tiap langkah yang berikan. Awin menjamin anda pasti tidak percaya dengan adanya tutorial, ia memudahkan anda belajar / membuat sendiri gelang tersebut.
Rasanya, awin tidak perlu bercerita panjang lagi, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Tutorial 2- Langkah demi Langkah Membuat ‘Gelang Bunga Sejoli’ ini sila berbuat seperti berikut:-
1. Buat bayaran RM11 ke salah satu akaun awin.
2. Email kan butir-butir pembayaran anda (Nama tutorial, Jumlah, Nama Bank, masa dan tarikh) ke awin.ghani@gmail.com
3. Awin akan membalas email anda berserta link untuk download sebaik sahaja pembayaran disahkan.
Sekian, selamat Mencuba dan Selamat Melanggan.
Related posts:
Tags: buku membuat gelang kristal, buku teknik membuat aksesori kristal, pelajari cara2 membuat aksesori kristal





















December 21st, 2010 at 10:43 am
saya ingin tahu lebih lanjut mengenai buku tersebut
December 21st, 2010 at 8:06 pm
Pn/Cik Rosnani,
Sila email awin, atau tinggalkan kemusyiklan anda tentang mana2 tutorial…
Insya Allah, awin akan menjawabnya dgn segera..TQ
March 4th, 2011 at 9:10 pm
akum..
akak sy mahu pelajari cara2 utk m’buat aksesori kristal adakah didlm buku tersebut ada caranya. Dan mcm mane jika sy mahu mbeli buku tersebut dgn harga 15.00 aje melalui pos ker@ ada di jual kedai majalah.
March 6th, 2011 at 1:48 pm
w’salam
jadi tidak perlu di pos kan…
Ida, buku ini semuanya dalam pdf file. Buku ni akan diemailkan kepada anda
May 23rd, 2011 at 11:36 am
salam..kak,saya pun minat..macam mana ye..
May 23rd, 2011 at 8:00 pm
Zuhaira, sila buat payment dan isi borang form utk membeli..tq